Thursday, April 8, 2010

Pidato Bahasa Melayu






Johan Pidato Piala Presiden PMRAM


Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
Satu laungan yang cukup untuk menggoncangkan hati pendekar-pendekar Melayu. Mereka pernah menitiskan air mata, mereka pernah mengalirkan darah dan mereka segelintirnya syahid mempertahankan bangsa dan agama.
Melihatkan Malaysia pada hari ini, andai kata Tok Janggut masih hidup, adakah beliau mampu tersenyum...? Fikir fikirkan…
Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana dan Berpaksikan Keadilan Semestinya, Saudara Penjaga Masa Yang Setia Dengan Randiknya, Seterusnya mahasiswa-mahasiswi dan para hadirin dan hadirat yang saya segani serta hormati sekalian.

Selamat pagi & Salam Sejahtera
Tanggal 31 Ogos 1957 masihi, detik jam 12 malam, turunnya bendera Jack Union diiringi dengan laungan kemerdekaan oleh perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Al-Haj adalah detik bersejarah yang di tersemat kukuh dalam sanubari setiap warga Tanah Melayu ketika itu.
Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!
Justeru, bicara perdana saya pada pagi yang cukup indah ini atas persoalan, Sejauh manakah pencapaian Malaysia Selepas Kemerdekaan.
Izinkan saya terlebih dahulu, mengecilkan definisi dengan menumpukan sekitar persoalan pencapaian Malaysia selepas lebih 53 tahun kita merdeka.
Frasa capai atau pencapaian mengikut kamus Dewan Edisi Terbaru adalah bermaksud prestasi.
Tuntasnya, definisi pidato saya adalah tertumpu dalam skop prestasi Negara Malaysia selepas kemerdekaan pada tahun 1957.
Sidang Pendengar Yang Setia,
Atas kata bicara “ kestabilan ekonomi Negara yang jauh lebih baik berbanding 53 tahun yang lalu “ adalah hujah saya yang pertama.
Sebagai contoh Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan sekitar tahun 80-an mencatatkan perkembangan positif yang dimangkinkan dengan pertumbuhan sektor pembuatan telah menukar parameter makro ekonomi Negara.
Pertumbuhan yang pesat ini menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia telah mengalami transformasi struktur iaitu daripada bentuk ekonomi yang berasaskan pertanian kepada satu bentuk ekonomi yang pantas menuju ke taraf negara perindustrian.
Misalnya, saya bawakan perbandingan angka pengeluaran sektor pertanian yang telah meningkat daripada RM10.2 bilion pada tahun 1980 kepada RM17.9 bilion pada tahun 2001. Justeru peningkatan ini menunjukkan bahawa negara kian menampakkan perkembangan yang positif.
Hujah saya yang kedua adalah berpaksikan “ Integrasi masyarakat majmuk yang semakin baik “. Justeru, dasar pecah dan perintah yang telah dilaksanakan oleh penjajah British telah merosakkan kesatuan tiga kelompok bangsa yang mendiami Tanah Melayu ketika itu.
Justeru, pelbagai program dan dasar dirangka oleh pihak kerajaan dalam memastikan integrasi kaum dapat dieratkan.
Dasar Wawasan Negara, konsep sekolah integrasi dan dasar pembawakan pimpinan hari ini adalah bertepatan dengan penyatuan masyarakat majmuk dalam Negara pada hari ini.
Orang Melayu misalnya, bukan lagi penduduk tetap desa dan orang India pula sudah keluar daripada kepompong estet dan ladang.
Sidang Dewan Yang budiman
Kata kunci saya yang ketiga “ Perkembangan sector pendidkan yang lebih baik berbanding 53 tahun yang lalu “ adalah merupakan hujah penting dalam menampakkan prestasi negara Malaysia pada hari ini.
Jika dulu kebanyakan rakyat Tanah Melayu buta huruf, namun pada hari ini kita mampu berbangga dengan pencapaian rakyat Malaysia hingga mampu mengharumkan nama Negara dalam bidang pendidikan.
Contohnya kejayaan Saudara Najmil Faiz Mohamed Aris, Pelajar PhD di bidang Nano Technology di Universiti Metropolitan di Leeds yang sebelum ini mendapat perhatian media Malaysia kerana kejayaan beliau mengharumkan nama negara menerusi pembentangan tesisnya di Parlimen Britain pada tahun 2005.
Isi saya yang keempat adalah bertitik tolak atas asas “ Kemampuan rakyat untuk berdikari dan mengharaumkan nama Negara “. Saya bawakan nama-nama seperti Dato’ Azhar Mansur, pelayar solo mengelilingi dunia, Dato’ Malik Maidin, Perenang yang mengharumkan nama rakyat Malaysia ketika berenang merentasi selat Inggeris, Dr Syeikh Muzzaffar Shukor Syeikh, selaku angkasawan pertama Malaysia dan ramai lagi wira kebanggaan yang telah mengharumkan nama Negara dipersada anatarabangasa.


Semua ini adalah menunujukkan bahawa betapa 
rakyat Malaysia mampu berdikari diperingkat perdana








Sidang Hadirin dan Hadirat yang saya kasihi






Prestasi pembangunan modal insan, atas kata bicara “ sinarnya budaya dan tatasusila timur rakyat jika dibandingkan dengan zaman sebelum kemerdekaan “. Kebejatan social anak-anak muda, runtuhnya social kemasyarakatan dan hilangnya keperkasaan institusi kekeluargaan adalah bahana besar kepada rosaknya modal insan Negara.






Dalam pidato saya pada hari ini, suka saya cadangkan agar tindakan segera dan serius dibuat oleh pihak berkuasa untuk memastikan generasi muda hari ini akan mampu mentadbir negara suatu masa nanti dengan baik.





Tuntasnya, Prestasi Malaysia adalah lebih baik jika dilihat dari sudut Ekonomi, Pendidikan, Sosial dan kemampuan rakyat. Walau bagaimanapun saya agak mahu memberikan hujah kontra berkenaan dengan kemerosotan tingkah laku anak-anak muda dan lunturnya tatasusila budaya timur hari ini.




Sebelum saya mengundur diri, sebelum bibir penutup bicara; terimalah dua rangkap pantun ini.




Dian tiga lilin pun tiga







Tanglung tergantung rumah laksamana




Diam juga sabar pun juga





Ada umur tidak ke mana







Tuan puteri pergi ke Rasah







Pulang semula sebelah pagi




Kita bertemu akhirnya berpisah




Diizin Tuhan bersua lagi



Sekian Terima kasih.


ADAPTED FROM: ABI UMMI AMMU






1. Satu to Sekalian.










.


2.Tanggal 31 ogos to 1957



No comments:

Post a Comment